top of page

SOAL JAWAB TENTANG UPAH HAJI>>



Sebenarnya ramai yang masih apa itu BADAL HAJI atau dikenali sebagai UPAH HAJI..mari kita fahami pengertiannya..

Pengertian Badal Haji

 

Badal ertinya 'ganti ' , 'pengganti ', atau yang ' digantikan'. Oleh itu Badal Haji adalah 'menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:

 

Maksudnya: " Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia ,iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam."

Dalil Haji Badal (Upah Haji)

(Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia)


Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, 

 

"Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" 

 

Rasulullah saw. menjawab, "Boleh."

 

Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh, maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. 

 

Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.

 

Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mayat. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.

 

Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a.,

 

Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?"

 

Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Haji lah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."

 

Soal Jawab Badal Haji
 

1.     Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?


Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya.

 

Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. 

 

Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.

 

2.     Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah mencukupi?


Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.

 

3.     Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?


Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.

 

4.     Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?


Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".

 

5.     Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?


Boleh.

 

6.     Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang? 


Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam pada tahun itu sahaja. jawapan nya tidak boleh dinamakan ramai ramai.

 

7.     Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah wajibnya?


Ya. Boleh.

 

8.     Apakah istilah berkemampuan dalam ibadat haji?


Kemampuan ialah:


a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
b. Sihat badan
c. Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.

 

9.   Adakah hukumnya salah, apabila seseorang mengerjakan haji dari perbelanjaan yang dikeluarkan oleh orang lain?


Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.

 

10.   Bolehkah seseorang berhutang untuk menunaikan fardhu haji?


Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini tidak perlu berhutang. Kalau dia berhutang juga sedang dia tidak ada cagaran untuk membayarnya maka ia berdosa kerana menyusahkan dirinya dengan perkara yang belum diwajibkan.

 

12.   Adakah dibolehkan seorang mengerjakan haji sedangkan dia belum melunaskan semua hutangnya yang dibayar setiap bulan dari potongan gajinya?


Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.

 

13.   Sahkan haji seseorang yang menggunakan wang si mati di mana dia adalah penerima yang pertama?

 

Sah hajinya 

 

*************************************

Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisi

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84 yang bersidang pada 15 Disember 2008 telah membincangkan Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

 

 

  • Pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji;

  • Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan

  • Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

 

Keterangan/Hujah: 

 

  • Islam secara prinsipnya tidak memberatkan umatnya terhadap sesuatu perkara melainkan sekadar yang termampu. Demikian juga, kewajipan menunaikan haji yang terikat dengan syarat-syarat yang khusus, salah satu daripadanya ialah berkemampuan untuk menunaikannya

  •  

  • Allah swt telah meletakkan kemampuan sebagai syarat untuk diwajibkan haji antaranya ialah mempunyai tubuh badan yang sihat dan terhindar daripada segala kesakitan yang boleh menghalang daripda melakukan perkara yang perlu dalam masa merantau untuk mengerjakan haji.

  •  

  • Menurut fuqaha’ Syafiiyyah, yang dimaksudkan dengan kemampuan fizikal ialah sihat tubuh badan, boleh menaiki ataupun menunggang kenderaan dengan baik tanpa menghadapi sebarang kesukaran dan kesusahan yang teruk. Tanpa ini mereka dikira tidak mampu untuk mengerjakan sendiri.

  •  

  • Ahli Majlis Fatwa al-Lajnatu al-Da’imatu Lilbuhusi al-Ilmiyyati wa al-Ifta’ mengatakan bahawa al-Istita’ah dalam haji ialah mestilah sihat dari segi tubuh badan, memiliki kenderaan yang boleh sampai ke sana sama ada kapal terbang, kereta atau sebagainya. Di samping itu juga mempunyai bekalan yang mencukupi baginya untuk pergi dan balik dengan syarat bekalan itu melebihi daripada sara hidup mereka yang di bawah tanggungannya sehingga dia pulang dari mengerjakan haji.

  •  

  • Kebiasaannya mereka yang menjalani rawatan hemodialisis merupakan pesakit yang mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh sepenuhnya.

  •  

  • Berdasarkan kes-kes yang berlaku sebelum ini, jemaah haji yang mempunyai penyakit kronik seperti mereka yang menjalani rawatan hemodialisis ini akan menghadapi banyak masalah lebih-lebih lagi semasa wukuf dan ramai di antara mereka yang meninggal dunia.

  •  

  • Kerajaan Arab Saudi juga tidak mampu menyediakan peralatan hemodialisis yang banyak kepada semua jemaah haji.

  •  

  • Kebanyakan ulama’ berpandangan bahawa mereka yang menghadapi penyakit kronik dan terikat kepada rawatan tidak wajib menunaikan haji kerana situasi mereka dianggap sebagai darurat.

  •  

HAK CIPTA TERPELIHARA - MHI GROUP OF COMPANIES

  • w-google+
  • Twitter Clean
  • w-facebook
bottom of page